Thursday, 27 December 2012

Aku Nak Kahwin ! ! !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  

Salam 'Alaik to all...

Semalam semasa duduk2 kat ruang tamu ngan abang yg sedang baca paper dan mak yang sedang tengok tv dan diba yang sedang online..maka perbualan mak dan abang bermula, cerita dia begini:

mak : bila nak kahwin?

abang : tak tahu lagi.
mak : duit dah cukup ke?
abang : tengah kumpul lah (errkk ni ke yang abang aku ckap? entah dah lupa, tapi ni lah sinopsis dia, lagipun x panjang pon perbualan tuh)

diba yang berada di situ dan yang mendengarnya pon apa lagi tetiba rasa nak join..haha dan ni perbualan diba dengan mak pulak
 begini kisah dia:

diba : ibu, adik nak kahwin boleh?
mak : duit ade ke?
diba : ada..
mak : mana?
diba : ala, nnt JPA bg scholarship ade lah duit..tapi sekarang ni pon adalah duit (bajet je ni, padahal takde duit..*kanak2 JPA jgan ikut ckap aku ni..guna duit scholarship utk kahwin, itu salah namanya, zalim tau!)
mak : berapa JPA bagi?
diba : 5 ribu satu sem (aku main hentam je ni..tpi ni lah yang kawan aku dpat..tpi dia kos Law, hehe) alah ibu, kalau takda duit tak semestinya tak boleh kahwin, buat jelah kecil-kecillan. tak payah lah nak mahal-mahal. Nikah pastu buat kenduri sikit-sikit dah lah..
mak : betul ni..cakap je, nnt nak buat grand2 jugak..oke nnt nikah pastu buat kenduri doa selamat je..

diba : oke..stuju..
mak : .......
diba : so boleh aeh adik kahwin? ibu carikan calon
mak : apa pasal pulak?
diba : sebab adik takda calon.
mak : dah tuh tak yah lah kahwin.
diba : tapi adik nak kawin...
    -The End- ^^


Sebenarnya, diba tanya soalan ni kat mak sebab diba nak tengok reaksi mak je, nak tahu sama ada dia bagi diba kahwin awal ke tak. Tapilah kan, diba rasa kalau diba minta nak kahwin sekarang pon, mak dan ayah bagi je..cuma persoalannya ADAKAH AKU SUDAH BERSEDIA??

Soalan yang patut semua orang yang berangan nak kahwin awal tanya pada diri sendiri. Kahwin atau nikah, senang je nak buat, kalau tak ada duit pun boleh je kahwin atau bernikah. Tapi apa yang susah tentang perkahwinan ialah TANGGUNGJAWAB! ! !

banyak tanggungjawabnya, nak bela anak org ni (bg lelaki) bagi perempuan pulak tanggungjawab mnjadi isteri dan banyak lagi esp bila dah ada anak, tak perlulah diba mention kat sini, masing2 pun fahamkan. Tahniah diba ucapkan bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga pada usia seawal ini, kerana berani memikul tanggungjwab yang berat tuh.

Of course, diba pon ada keinginan nak kahwin awal, since aku ni memang suka layan novel and movie omputeh / korea yang cintan-cintun tuh, plus belajar pulak kat UIA (yang sememangnya ramai je yang dah kawin seusia 18 / 19 / 20 / 21 tahun..ni baru CFS, klo main camp berlambak agaknye). so timbullah keinginan NAK KAHWIN AWAL jugak ! ! !

                              from movie The Vow..Channing Tatum sangat chumel..

Tapi bila diba fikir dalam2 dan lihat keadaan disekeliling diba ni, honestly diba rase FOBIA NAK KAHWIN. Yelah, masa mula-mula memang lah indah semuanya, semua sweeeeeett je, tp nnt bila dah bosan..mula lah nampak itu tak kene, ini tak kene..in the end bercerai. kalau tak bercerai pun anak2 jd mangsa ('kenapa keluarga aku tak bahagia macam org lain aeh'). itu yang diba fobia. zaman sekarang ni ramai je yang kahwin awal dan yang bercerai pon ramai jugak..

haha, ni lah yang mmbuatkan aku rasa nak kahwin..sweet nyewww..

Pastu diba terfikir, tak nak kahwin lah, nnt nak amik anak angkat je..senang cerita tak payah nak fikir tentang suami..haha tapi satu fakta yang diba tak boleh lari ialah setiap manusia memerlukan pasangan..bila fikir balik, mesti sedih dan sunyikan..errrmm tapi kita ada ALLAH?? errrrmmmmmm entahlah..apa-apa pun berbalik kepada jodoh, andai ada jodoh ku, kahwin lah diba. andai tiada..membujanglah saya, dan diba akan ambil anak angkat (ecece..dah plan awal2 dah *tak boleh belah betul)

Yang diba nak highlight kat sini ialah, kalau nak kahwin sebab rase kahwin tuh best, indah, manis sweet dan baru fikir tanggungjawab..lupakan jelah..kalau nak kahwin dan the first thing yang terlintas ialah sedar akan tanggungjawab berumahtangga, YES, you're ready to get married.. 

Chuck <3 Blair..from Gossip Girl

Kenapa diba post benda2 ni aek?? sebab laa ni, ramai beno remaja aka diba sendiri yang nak kahwin awai, dan sebab utamanya, sweeeeetnye kahwin ni..haha ^^ sume ckap pasai kahwin je..plus musim kahwin kan..
take note ye, post ni hanya berkaitan tentang kawin awal pada usia bawah 25 tahun aka masih lagi study dan masih lagi tak matang sepenuhnya.

Hurrrrmm..kalaulah diba dah ada calon, nak je diba nikah sekarang. tapi nikah gantung dulu..bila dah betul2 bersedia dan dah habis belajar, baru bersama..*ammbooooiiiii berangan je lebih..tapi betullah, andai diba ditakdirkan bernikah pada usia sekarang dengan lelaki yang sebaya atau lelaki yang masih belajar, diba akan nikah gantung dulu..tapi kalau lelaki tu, tua dari diba dan sudah berkerjaya dan sudah mampu untuk berkeluarga, diba akan nikah betul2..
Sebab, tanggungjawab diba sekarang ialah untuk STUDY!! habiskan degree tuh..ni tak, foundation pon terkontang-kanting ada hati nak kahwin..


*haaaa, bagi yang nak masuk meminang diba tuh bolehlah..isi borang dulu ye..pastu kene interview..hua hua hua..

                      dan sape yang nak jadi suamiku, dia kene pandai main piano..haha ^^
                      

dahlah tuh..cukup2 cakap lah pasai kahwin cik diba oooiiii, fokus study tuh!! itu yang penting.. =D
sehingga kita berjumpa post yang akan datang.. 


Thursday, 8 November 2012

Result Oh Result

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  

Salam 'Alaik to all...

result exam sem 1 2012/2013 dah keluar, well kalau nak secara rasminya hari ni lepas pukul 5 ptg melalui student portal..tapi disebabkan perasan yg kurang sabar diba tgok latest CGPA kat application welfare fund(ade org bg link)

Jadi diba pon bukaklah link tu dan dapat lah tahu lattest CGPA, Alhamdulillah menaik sbnyak 0.033 point..and klo CGPA naik brmakna GPA sem ni is better than last sem, cuma tak tahu the exact value..jadi dengan kepakaran ku mngira pointer (pakarlah sgat kan), kira2 td, diba dapat GPA sbnyak 3.8085 dan secara specificnya Computer 1 = A-, Chemistry 2 = A- dan Physics 2 = A (rase nye chem yg dpat A- sbb susah)
**sejauh mana knyataan result yg diba cek ni tak pasti kebenarannya, ape-ape pun kene tunggu official result lepas kol 5pm hari ni..ni diba main kira n logik akal je..

Perasaan?? Kecewa pon ada gak sbb tak capai target. Yg ditarget ialah 3.9 dan mengharapkan hanye Computer 1 je yg A-, tp ternyata chemistry pon mmg tak boleh lari dri knyataan yg paper arituh mmg susah dan diba bnyak menggoreng~ ==’
tapi kecewa2 pon diba bersyukur sgat2, Alhamdulillah walaupon busy ngan MRC diba mampu score walaupon tak hebat cam kawan2 lain..
 
kegagalan akan membuatkan seseorang itu mempunyai keinginan dan keazaman utk bangkit dan meraih semula kejayaan!! 

dan semasa kira2 td, diba pon kira2 lah sekali utk target sem depan..and guess what..kalau diba nak graduate CFS IIUM dengan pointer CGPA 3.8, sem depan kene GPA 4.00!! perrgghhh nak pengsan rase nya bila tahu kebenaran yg nyata ini..

4.00..hurrmm, bukannya diba x mampu, insyaAllah mampu, cuma tak yakin diba mampu ke tak? (ape yg aku merapu ni?) 
well semester 3 is gonna be soooooooooooo BUSY!!  Busy ngan ape?? tak lain tak bukan MRC lah..(I’m not bragging or ape tp that is the truth) sume nak buat sem depan..with 4 subjek: mathematic 2, biology 2. understanding islam and english for academic writing and don’t forget MUET as an addition. Next sem mmg akan menguji keimanan ku sbgai seorg plajar..Ya Allah berikanlah aku kekuatan..

Jadi target yg akan diba pegang sekarang ni ialah graduate CFS IIUM dengan pointer CGPA 3.8 and NO LESS!! Diba berharap 3.8 ni ialah pointer yg selamat kalau diba nak keluar UIA atau nak tukar kos (andai katalah, x pasti nak buat ke x)

Hurrmm..ape-ape pun malam ni boleh lah diba tidur sbb malam td mmg x boleh tidur, last2 dapat tidur lepas subuh..(sepanjang pgi tuh diba tgok Glee, haha)
sejauh mana kesahihan dan ketepatan kiraan dan logic akal yg diba guna kan utk perkiraan pointer sebentar td akan terbukti ptg ni..(harap2 CGPA aku lgi tinggi yg ape aku cek td..*berangan je lah) asal jangan kurang sudah..

I'm done for today, see you in the next post.
*keliatan dan kemalasan utk mngupdate blog melanda~ =D

Friday, 20 July 2012

MRC Leadership Training Course

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Salam 'Alaik to all..dah lama tak update blog, almaklum kehidupan semakin busy..
Alhamdulillah, untuk sesi 2012/2013, diba masih lagi dapat mnjadi Mahallah Representative Committee,MRC utk Mahallah Khadijah..dan alhamdulillah, kami new MRC line up telah pon diberi sedikit training pada 6,7 dan 8 Julai di tempat yang sama LTC tahun lepas, iaitu Bagan Lalang.. =D

semasa di LTC kami telah pon merangka sedikit sebanyak program2 intermahallah yang akan dirancangkan, dan selain itu kami juga diberi sedikit ilmu tentang Event Management & Protocol, Leadership in Y.O.U dan sedikit aktiviti team building..

antara program intermahallah yang dirangka:
Mahallah Khadijah: Ramadhan Night Festival

Mahallah : Mahallah Open Day
Mahallah UMAFZ: Local Community Service
Mahallah Zainab Jashy: Watashiwa Muslim (awareness campaign)
Mahallah Abu Bakr': International Community Service..

dan berikut adalah gambar2 gelagat2 MRC semasa di LTC.. =D 



introducing Mahallah Khadijah Representative Committee..


new MRC line up Mahallah Khadijah

Lets get some knowledge..

Talk on Leadership in Y.O.U by Bro. Shamsuddin


Talk on Event Management & Protocol byMadam Rahimah Yeop

Thank you Madam for the illuminating talk!!! =D

it's time to get serious:



semua serious brbincang tentang program intermahallah masing2.. =D

masa makan pon serious je..hehe

lets get some fun, x kan nak tension asyik plan je..jom kite pergi pantai!!! yeayyyy~~









penyerahan surat perlantikan:







yeay dpat hadiah, wlaupon KC dpat tong sampah je..hehe





Bai'ah Ceremony:

Say Cheeseeeeee~~~~:



hehe, itulah kisah MRC LTC kali nie..nntkan kisah McLead pula esok..hehe
till we meet again, salam 'alaik and Ramadhan Kareem to all...









Friday, 22 June 2012

Grey's Anatomy, Code Blue, Team Medical Dragon and Private Practice

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

salam 'alaik to all..currently in Ipoh, haha baru 5 hari masuk CFS dah gatal nak balik, belum lagi 5 bulan..haha..

anyway, post kali ni tak nak cerita tentang CFS..nak cerita tentang Medical drama..

actually minat Medical drama ni dah lama dah start darjah 6..cerita yang diba minat masa tuh Grey's Anatomy..drama ni mmg favorite kowt!! diba follow cerita ni dari season 1 until season 6 (but now dah season 8 tak silap)..dari drama ni jugak lah diba tanam cita-cita nak jadi doctor..mula2 nak jadi neurosurgeon macam McDreamy aka Derek Shepard..tpi nak tukar jadi Pediatrician sbb suka kanak-kanak..

bg diba cerita ni memang best!! mmg addict gile dulu..tengok sekali, tengok lagi repeat dia sekali lagi..you must be wondering nape x House ke?? ER ke?? fyi kat rumah tak de astro, so tak tgok lah cerita2 yang kat astro tuh..



season 1 of Grey's Anatomy, masa ni Burke ada lagi..huhu
nak kata addict tuh tak de lah smpi over2 sgatlah..cuma follow every season, tak pernah miss, every episode; buat poster sendri, sanggup tgok on9 the upcoming episode,folder kat computer nama McDreamy..wallpaper dekstop gmba Grey's Anatomy, follow actor and actress lain punye movie and drama (Enchanted, 27 Dresses, Killers, X-men, The Musketeer, Made of Honor and banyak lagi..)

then from there masuk pulak Private Practice, sbb ada Addison Shepard (ex-wife McDreamy)..well Private Practice ni pon 'tertubuh' lepas Addison keluar dari Seattle Grace Hospital, and move to Los Angles..kira 2 cerita ni ada kene mgena sikit lah...ada beberapa episode, watak from Grey's Anatomy masuk Private Practice and vice versa sbb nak tolong each other nye clinic and hospital..

senang cite Grey's Anatomy sgat bermakna bagi diba, tapi sayang sbb dah dok hostel nie dah tak follow dah, sbb tak de masa dah..


ni pulak Private Practice..dlam nie my fav is Tim Daily =D
next is Code Blue,season 1 mmg menarik!! tapi biase je..season 2 dia mmg main ngan emosi..meleleh beb tgok setiap episode..haha tapi bila dah habes tgok, satu hypothesis yg dibuat ialah, Code blue nye jlan cite nak dekat sama macam Grey's Anatomy..
reason dia:
1. Takazawa Satoshi death ala2 cam Denny Duquette..with seijima haruka macam Izzie Stevens..
2. Tadokoro Yoshiaki is the chief macam Richard Webber..and due2 pon sakit..
3. the main cast which is Meredith Grey n Aizawa Kosaku have problem with their dad..
4. Aizawa Kosaku end up being a neurosurgeon macam McDreamy..
5. watak Fujikawa Kazuo macam George O'Malley..bambi~~ =D
6. bila seijima haruka sedih, Fujikawa Kazuo always be right beside her..macam Izzie Stevens and George O'Malley..

cuma beza dia, Grey's Anatomy ada love conflict yang banyak sangat..while Code Blue tak ada lansung kecuali Takazawa and Haruka.. =D



Code Blue..

then latest medical drama yg diba tgok ialah Team Medical Dragon!! (oke cite ni mmg dah lama, diba je yg baru tgok..huhu) and i can say this is very knowledgeable drama, sebab dia bagi penerangan tentang satu procedure pembedahan yg dibuat..mmg menarik sgat sgat sgat!! huhu
dgan watak utama Asada Ryutaro, yang mmg hebat gila dlam every surgery..mmg sugoi-nee~~ haha..
kalo nak dibandingkan dan nak dirankingkan, of course Grey's Anatomy would the first then Team Medical Dragon, then Private Practice and Code Blue..tapi kesemua cerita ni mmg best!! =D

Team medical Dragon...
bila tengok cerita2 medical ni, rasa nak balik pada cita-cita asal nak jadi Pediatrician, tapi apakan daya mungkin tak ada rezeki nak jadi doctor yang berjaya, mungkin diba akan jadi pharmacy yang berjaya satu hari nanti, insyaAllah.. =D

p/s: sapa ada stock Grey's Anatomy, tolong bagitau ye.. esp season 5 onwards..nakkkkk sgat sgat!! =)
and kalo ade sesiapa yang ada suggestion medical drama yg lain pon bgtau lah ye..huhu

sekian sampai sini dahulu pertemuan kita dalam post kali ni..=D





Tuesday, 12 June 2012

MRC dalam Ta'aruf Week 2012/2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam 'alaik..pada mulanya tak berniat nak post tentang ni..tapi tetiba dapat idea, so nak post jugak pasal MRC..hehe


masa Ta'aruf Week 12/13 segelintir daripada family MRC pon mnjadi komiti...hehe =D
pastu bila dapat tahu ada 3 org MRC mndapat jawatan sebagai head n assistant head..iaitu bro Afwan a.k.a abg long sbgai head residential, discipline and welfare biro (RDW), kak Mar a.k.a kak long sbagai assistant head RDW..dan yang ketiga Zaidan sbgai head Publicity and Protocol biro..

mereka-mereka ni mmg hebat2 belaka!! =D


boleh dikatakan setiap biro pasti ada wakil MRC, kecuali Sentra, tapi since diba PIC sentra..jadi Sentra pon dah ade wakil MRC!! haha dari dulu lagi klo boleh MRC pasti akan ada dimana2 sahaja!! Terbaik!!


tu diaaaa..abg long and kak long.. =D

tibi bersama junior2..x lepas dia ngan pistol berkejaran tuh.. =D

flash mob yg dijayakan oleh para komiti..idea tntg flash mob ni dtgnya dari kak pipah n kak rozi yg merupakan org kuat KC!! =D


hafizudin..scene flash mob

tibi hisap rokok..=D

=D

couple bukan pilihan..=D



bila mana MRC bersidang..macam2 jadinya!! haha havoc~~


klo buat dialog, sure lawak!! =D

finally complete!! =D


secara tak lansung nie jadi program MRC pulak..haha 
diba percaya sume MRC mmg hebat2 belaka!! =D
semoga dpat bekerja dgan kalian di masa yang akan dtang!!

sekian, sampai di sini dulu post kali ni..insyaallah bertemu in the next post..