Thursday 27 December 2012

Aku Nak Kahwin ! ! !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  

Salam 'Alaik to all...

Semalam semasa duduk2 kat ruang tamu ngan abang yg sedang baca paper dan mak yang sedang tengok tv dan diba yang sedang online..maka perbualan mak dan abang bermula, cerita dia begini:

mak : bila nak kahwin?

abang : tak tahu lagi.
mak : duit dah cukup ke?
abang : tengah kumpul lah (errkk ni ke yang abang aku ckap? entah dah lupa, tapi ni lah sinopsis dia, lagipun x panjang pon perbualan tuh)

diba yang berada di situ dan yang mendengarnya pon apa lagi tetiba rasa nak join..haha dan ni perbualan diba dengan mak pulak
 begini kisah dia:

diba : ibu, adik nak kahwin boleh?
mak : duit ade ke?
diba : ada..
mak : mana?
diba : ala, nnt JPA bg scholarship ade lah duit..tapi sekarang ni pon adalah duit (bajet je ni, padahal takde duit..*kanak2 JPA jgan ikut ckap aku ni..guna duit scholarship utk kahwin, itu salah namanya, zalim tau!)
mak : berapa JPA bagi?
diba : 5 ribu satu sem (aku main hentam je ni..tpi ni lah yang kawan aku dpat..tpi dia kos Law, hehe) alah ibu, kalau takda duit tak semestinya tak boleh kahwin, buat jelah kecil-kecillan. tak payah lah nak mahal-mahal. Nikah pastu buat kenduri sikit-sikit dah lah..
mak : betul ni..cakap je, nnt nak buat grand2 jugak..oke nnt nikah pastu buat kenduri doa selamat je..

diba : oke..stuju..
mak : .......
diba : so boleh aeh adik kahwin? ibu carikan calon
mak : apa pasal pulak?
diba : sebab adik takda calon.
mak : dah tuh tak yah lah kahwin.
diba : tapi adik nak kawin...
    -The End- ^^


Sebenarnya, diba tanya soalan ni kat mak sebab diba nak tengok reaksi mak je, nak tahu sama ada dia bagi diba kahwin awal ke tak. Tapilah kan, diba rasa kalau diba minta nak kahwin sekarang pon, mak dan ayah bagi je..cuma persoalannya ADAKAH AKU SUDAH BERSEDIA??

Soalan yang patut semua orang yang berangan nak kahwin awal tanya pada diri sendiri. Kahwin atau nikah, senang je nak buat, kalau tak ada duit pun boleh je kahwin atau bernikah. Tapi apa yang susah tentang perkahwinan ialah TANGGUNGJAWAB! ! !

banyak tanggungjawabnya, nak bela anak org ni (bg lelaki) bagi perempuan pulak tanggungjawab mnjadi isteri dan banyak lagi esp bila dah ada anak, tak perlulah diba mention kat sini, masing2 pun fahamkan. Tahniah diba ucapkan bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga pada usia seawal ini, kerana berani memikul tanggungjwab yang berat tuh.

Of course, diba pon ada keinginan nak kahwin awal, since aku ni memang suka layan novel and movie omputeh / korea yang cintan-cintun tuh, plus belajar pulak kat UIA (yang sememangnya ramai je yang dah kawin seusia 18 / 19 / 20 / 21 tahun..ni baru CFS, klo main camp berlambak agaknye). so timbullah keinginan NAK KAHWIN AWAL jugak ! ! !

                              from movie The Vow..Channing Tatum sangat chumel..

Tapi bila diba fikir dalam2 dan lihat keadaan disekeliling diba ni, honestly diba rase FOBIA NAK KAHWIN. Yelah, masa mula-mula memang lah indah semuanya, semua sweeeeeett je, tp nnt bila dah bosan..mula lah nampak itu tak kene, ini tak kene..in the end bercerai. kalau tak bercerai pun anak2 jd mangsa ('kenapa keluarga aku tak bahagia macam org lain aeh'). itu yang diba fobia. zaman sekarang ni ramai je yang kahwin awal dan yang bercerai pon ramai jugak..

haha, ni lah yang mmbuatkan aku rasa nak kahwin..sweet nyewww..

Pastu diba terfikir, tak nak kahwin lah, nnt nak amik anak angkat je..senang cerita tak payah nak fikir tentang suami..haha tapi satu fakta yang diba tak boleh lari ialah setiap manusia memerlukan pasangan..bila fikir balik, mesti sedih dan sunyikan..errrmm tapi kita ada ALLAH?? errrrmmmmmm entahlah..apa-apa pun berbalik kepada jodoh, andai ada jodoh ku, kahwin lah diba. andai tiada..membujanglah saya, dan diba akan ambil anak angkat (ecece..dah plan awal2 dah *tak boleh belah betul)

Yang diba nak highlight kat sini ialah, kalau nak kahwin sebab rase kahwin tuh best, indah, manis sweet dan baru fikir tanggungjawab..lupakan jelah..kalau nak kahwin dan the first thing yang terlintas ialah sedar akan tanggungjawab berumahtangga, YES, you're ready to get married.. 

Chuck <3 Blair..from Gossip Girl

Kenapa diba post benda2 ni aek?? sebab laa ni, ramai beno remaja aka diba sendiri yang nak kahwin awai, dan sebab utamanya, sweeeeetnye kahwin ni..haha ^^ sume ckap pasai kahwin je..plus musim kahwin kan..
take note ye, post ni hanya berkaitan tentang kawin awal pada usia bawah 25 tahun aka masih lagi study dan masih lagi tak matang sepenuhnya.

Hurrrrmm..kalaulah diba dah ada calon, nak je diba nikah sekarang. tapi nikah gantung dulu..bila dah betul2 bersedia dan dah habis belajar, baru bersama..*ammbooooiiiii berangan je lebih..tapi betullah, andai diba ditakdirkan bernikah pada usia sekarang dengan lelaki yang sebaya atau lelaki yang masih belajar, diba akan nikah gantung dulu..tapi kalau lelaki tu, tua dari diba dan sudah berkerjaya dan sudah mampu untuk berkeluarga, diba akan nikah betul2..
Sebab, tanggungjawab diba sekarang ialah untuk STUDY!! habiskan degree tuh..ni tak, foundation pon terkontang-kanting ada hati nak kahwin..


*haaaa, bagi yang nak masuk meminang diba tuh bolehlah..isi borang dulu ye..pastu kene interview..hua hua hua..

                      dan sape yang nak jadi suamiku, dia kene pandai main piano..haha ^^
                      

dahlah tuh..cukup2 cakap lah pasai kahwin cik diba oooiiii, fokus study tuh!! itu yang penting.. =D
sehingga kita berjumpa post yang akan datang..