Thursday, 26 April 2012

Sejarah terukir pada hari ini =D


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum..


oke, i won't take much time..ada banyak kerja nak buat hari ini..next week Final Semester EXAM!!! arrrgghhhh!!! haha
oke nak buat cerita utk post kali nie..ia merupakan kisah benar tentang diriku yg baru sahaja berlaku pagi tadi..haha
haha..Begini, mungkin ada yang tahu, dan mungkin yang tak tahu, diba seorang yang jenis menepati masa (insyaallah)..even kalau pergi kelas x pernah terlambat, its either tepat2 or awallah..so, alhamdulillah sebelum ni tak pernah lambat pergi kelas..haha almaklum, anak Jepun lah katakan..

Tapi pada hari ini sejarah terukir, bila mana, pagi tadi diba ada kelas pukul 8am, dan diba bangun pukul 8.24am... =D

Kisahnya, bermula begini. Malam tadi kami (MRC KC) nak buat postmortem utk Appreciation Night, then meeting tentang trip kami lepas exam nnt, kemuadian lepas habis meeting, kami merancang utk tido di surau level 5 beramai-ramai utk mrapatkan lgi ukhuwah kami..memandangkan tak lama lagi kami semua akan berpisah TT__TT.. Pastu, bila dah tidur bersama, kami nak buat Qiam (tpi atas sbb trtntu diba x dpat nak join Qiam tuh, sedehnya!!!)

Nak dipendekkan cerita, kami semua bangun pada pukol 5.15am..pastu diba pown balek lah bilik kesayanganku 303..haha balek bilik tros sambung tido dan set alarm pukul 7am..maka pukul 7am alarm pown berbunyi lagu OST City Hunter..haha diba yang tengah mamai nie pown off alarm, dan dengan selambe badaknya, sambung balek tido..haha dgan harapan akan bangun a few minute later..selalunya begitu, tpi memandangkan mlam tadi tido lambat dalam pukol 2am, sbb dah telan minum 1 sachet nescafe, so tak terbangun lah a few minute later..diba bangun 1 hour and 24 minute later!!! hahahahah roommates x kejutkkan sebab dorunk ingat diba x derk kelas..sbb dorunk mmg x derk kelas..

Bangun-bangun, dah cerah, tengok jam dah pukol 8.24 am..tidaaaaaaakkkkkk!!!! terkejut gile tahap gaban lah!! haha jadi dengan kelam kabutnya diba bukak almari besi tuh, salin baju cepat2..berus gigi pastu pakai tudung pastu pecut pergi Lab..dan sudah semestinya tak mandi sebab, tak sempat nak mandi..klo mandi nnt take time..dah lah hari ni Lab..so x kesahlah..dgan muka baru bgun tido daku pecut berlari ke Lab..haha

Nak pulak kat dlam lift, ade sorunk brother, lab asst. kowt x tau sape tp yg penting dia mmg kenal lecturer2 kat CFS nie..pastu dia pown tegur masa kat dalam lift

bro: lari ke??
diba: ha'ah..dah lambat..
bro: errmm, setengah jam..sape lecturer??
diba: madam rahimah
bro: die garang ke??
diba: x kowt, tapi dah lambat dah ni..baru bgun tido..
**x sempat die nak balas..dah smpi tingkat 2..so diba pown berlari masuk lab!!!

bukak pintu, 'MADAM, sori lambat!!!!'. madam hanya senyum tanpa berkata apa-apa..diba pown buat lab macam biase..dgan blur2 sotongnya..tanya kawan camne nak buat..alhamdulillah lab kali nie x susah mana..haha thanks to my friends!! =D pastu mase tunjuk result kat madam, minta maaf skalie lagi kat madam..

diba: madam, sori sgat2 td lambat.
madam: potong markah (dgn nada yg bergurau) =D

tapi x surelah klo madam betul2 maksudkan or just main-main (harap2 main2..dah la carry mark low, jgan lah madam potong lagi markah!!)

Hari ini merupakan last Lab dan juga last class, patutnya ade class physics, tpi anak madam sakit, so terpaksa cancel class..so since its the last class..kami group 75 pown ameklah gambar dgan madam!! =D
 
sebenarnya ade lagi 3 orang brothers, tpi dorunk x nak join..so x perk lah!! haha =D

haha..bile fikir-fikir balek..sungguh lawak!!! dah lah bangun lambat, pergi Lab tak mandi, salah bawak buku lab physics (patutnya lab chemist)..=D hari nie mmg pngalaman yang terbaru bagiku..first time pergi kelas lambat 30min..alhamdulillah habis lab awal..balek terus mandi!! =D rase cam bersalah gile kat madam, macam nak sujud minta maaf..tp x derk lah kan nak buat camtuh!! haha

Oke lah!! cukoplah smpi sini dulu..jdi dikesempatan ini diba ingin mnuysun sepuluh hari termasuk jari kaki, overall 20 jari, nak minta ampun dan maaf zahir dan batin (bukan nak raya ye) andai ada terguris hati sape-sape sepanjang hidup ini..halalkan segala ilmu yg diajarkan!! dan diba nak mintak anda sume doakan agar diba dipermudahkan  masa exam nnt..=D
bgi yang senaseb, diba nak ucapkan selamat maju jaya!! GAMBATTE!! gud luck!! semoga dipermudahkan buat anda semua..=D


sekian, nntikan post seterunya selepas exam nnti!! =D

Saturday, 14 April 2012

Demi Masa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum..


Rasa terkilan dan juga sedih sebab, kita (termasuk DIRI SEDIRI) terutamanya orang melayu dan yang lebih menyedihkan lagi seorang Muslim tidak pandai menghargai dan menguruskan masa dengan betul, seolah-olah masa itu tidak berharga..sedangkan masa itu tidak ternilai harganya, malah ia sesuatu yang kita tidak boleh beli dengan wang ringgit..

Apa yang menyedihkan lagi ialah kita sering kali merungut bahawa kita sering tidak mempunyai masa yang cukup untuk itu dan ini..sedangkan Allah telah memberi dan memperuntukkan masa yang sama bagi setiap manusia iaitu 24jam sehari..terpulang pada kita bagaimana kita hendak menggunakan masa yang telah dianugerahkan kepada kita..


Diba nak ambil Nabi Muhamamd s.a.w kita sebagai contoh..Nabi seorang Rasul Allah..dan sebagai rasulNya sudah tentu tanggungjwab dan tugas baginda banyak sekali dan sudah tentu baginda seorang yang sangat sibuk..dengan peperangannya, dengan menyebarkan dakwah islamnya, dengan keluarganya, dan lain-lain..malah baginda lgi busy dari kita semua..tapi adakah baginda merungut tidak cukup masa?? (sudah tentu la takkan!!!) malah masa yang special untuk 'dating' dengan Allah pon ada..(agaknya jauh lagi lama dari kita)



Kita semua dah tahu tentang fakta ni..orang jepun sangat mementingkan masa!! dan fakta itu memang benar..mungkin ada diantara kita menganggap bahawa itu adalah pekara normal "yelah org jepun memang lah punctual, org melayu je yang x"..melayu?? semua orang melayu beragama Islam kan??..jadi kenapa kita tidak menjadi seperti masyarakat jepun yang mementingkan masa tersebut?? (oke mebi korunk agak confuse di sini, apa kaitan jepun, melayu and islam..haha) bukan kah Islam juga agama yang mementingkan masa?? cuba kita lihat Surah Al-asr..ia berkaitan dengan masa bukan?? kemudian kita lihat, waktu solat ada masa-masanya yang telah ditetapkan, dan Allah suka orang yang mengerjakan solatnya di awal waktu..rasanya dengan 2 bukti ni pon dah cukup untuk menceritakan bahawa islam juga mementingkan masa..tetapi di sini..siapakah yang mengamalkan 'amalan' islam tersebut..adakah orang melayu yang sudah lahir-lahir dah islam atau orang jepun yang belum tentu mereka islam?? tepuk dada tanya iman..=P

perlukah kita hidup seperti dalam cerita In Time (Justin Timberlake n Amanda Seyfried)?? wang digantikan dengan masa..kita bekerja untuk mendapatkan masa..kita membeli menggunakan masa..malah ada yang sanggup mencuri dan merompak demi mendapatkan masa..dan bila kita kehabisan masa kita akan mati..adakah kita perlu hidup dalam keadaan begitu baru kita akan menghargai masa?? 

bagi yang x tengok lagi boley lah tengok movie nieh..


jadi sebagai konklusi nya...diba nak menyeru diri diba sendri terlebih dahulu dan juga rakan-rakan yang baca post kali ni, untuk berubah dari orang yang suka membuang masa menjadi seorang yang lebih menghargai masa!! MASA ITU EMAS!! hargailah masa dan gunalah setiap saat dengan berfaedah..

sampai di sini dahulu, insyaallah nantikan post yang seterusnya daripada diba.. =D

Kisah Si Bunga Sakura

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum..
oke..ini merupakan entry yg pertama bg diba..
so biaselah kita ta'aruf sedikit..
nama diberi Nur Adibah..
merupakan seorang pelajar Asasi Farmasi di Universiti Islam Antarabangsa, Insyaallah..
dilahirkan di Ipoh Specialist Center dan dibesarkan di rumah ibu dan ayah di Ipoh, Perak..
anak bongsu dri 3 orang adik beradik dan mempunyai 2 orang abang, Mohd Faizal dan Mohd Firdaus..

sebab "tercetusnya" blog nie...sbb??? suka bace blog org..tpi x reti nak ade blog sndri..
dri dorongan (dorongan lah sgat kan) dri seorang cousin ni, so terdetik lah hati utk mncipta blog Kisah Si Bunga Sakura ni.. =D

Bunga Sakura...kenapa bunga sakura aek??? entahlah..maybe sbb sekarang nie mmg tgah Cherry Blossom (sakura) season kowt..teringin nak pergi Sakura Hanami..tpi apakan daya hanya boley tgok dalam internet je lah..=D tpi insyaallah one day klo boley nak pergi jepun lgi and nak pergi Sakura Hanami..(klo pergi time honeymoon sure best an?? haha tetibe je) 

ni lah rupanya Bunga Sakura atau Cherry Blossom

nie plak Sakura Hanami..bila sakura tuh dah mngembang dan agak-agak dah nak gugur org jepun akan berkelah brsama keluarga sambil mnikmati keindahan dan kecantikan bunga sakura

baiklah, cukop sampi di sini dahulu..insyaallah kalau ade masa yang lapang..diba akan updatekan blog ni..harap anda semua sudi-sudilah singgah sebentar.. =D
selamat malam semua..oyasuminasai~~