Saturday, 14 April 2012

Demi Masa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum..


Rasa terkilan dan juga sedih sebab, kita (termasuk DIRI SEDIRI) terutamanya orang melayu dan yang lebih menyedihkan lagi seorang Muslim tidak pandai menghargai dan menguruskan masa dengan betul, seolah-olah masa itu tidak berharga..sedangkan masa itu tidak ternilai harganya, malah ia sesuatu yang kita tidak boleh beli dengan wang ringgit..

Apa yang menyedihkan lagi ialah kita sering kali merungut bahawa kita sering tidak mempunyai masa yang cukup untuk itu dan ini..sedangkan Allah telah memberi dan memperuntukkan masa yang sama bagi setiap manusia iaitu 24jam sehari..terpulang pada kita bagaimana kita hendak menggunakan masa yang telah dianugerahkan kepada kita..


Diba nak ambil Nabi Muhamamd s.a.w kita sebagai contoh..Nabi seorang Rasul Allah..dan sebagai rasulNya sudah tentu tanggungjwab dan tugas baginda banyak sekali dan sudah tentu baginda seorang yang sangat sibuk..dengan peperangannya, dengan menyebarkan dakwah islamnya, dengan keluarganya, dan lain-lain..malah baginda lgi busy dari kita semua..tapi adakah baginda merungut tidak cukup masa?? (sudah tentu la takkan!!!) malah masa yang special untuk 'dating' dengan Allah pon ada..(agaknya jauh lagi lama dari kita)



Kita semua dah tahu tentang fakta ni..orang jepun sangat mementingkan masa!! dan fakta itu memang benar..mungkin ada diantara kita menganggap bahawa itu adalah pekara normal "yelah org jepun memang lah punctual, org melayu je yang x"..melayu?? semua orang melayu beragama Islam kan??..jadi kenapa kita tidak menjadi seperti masyarakat jepun yang mementingkan masa tersebut?? (oke mebi korunk agak confuse di sini, apa kaitan jepun, melayu and islam..haha) bukan kah Islam juga agama yang mementingkan masa?? cuba kita lihat Surah Al-asr..ia berkaitan dengan masa bukan?? kemudian kita lihat, waktu solat ada masa-masanya yang telah ditetapkan, dan Allah suka orang yang mengerjakan solatnya di awal waktu..rasanya dengan 2 bukti ni pon dah cukup untuk menceritakan bahawa islam juga mementingkan masa..tetapi di sini..siapakah yang mengamalkan 'amalan' islam tersebut..adakah orang melayu yang sudah lahir-lahir dah islam atau orang jepun yang belum tentu mereka islam?? tepuk dada tanya iman..=P

perlukah kita hidup seperti dalam cerita In Time (Justin Timberlake n Amanda Seyfried)?? wang digantikan dengan masa..kita bekerja untuk mendapatkan masa..kita membeli menggunakan masa..malah ada yang sanggup mencuri dan merompak demi mendapatkan masa..dan bila kita kehabisan masa kita akan mati..adakah kita perlu hidup dalam keadaan begitu baru kita akan menghargai masa?? 

bagi yang x tengok lagi boley lah tengok movie nieh..


jadi sebagai konklusi nya...diba nak menyeru diri diba sendri terlebih dahulu dan juga rakan-rakan yang baca post kali ni, untuk berubah dari orang yang suka membuang masa menjadi seorang yang lebih menghargai masa!! MASA ITU EMAS!! hargailah masa dan gunalah setiap saat dengan berfaedah..

sampai di sini dahulu, insyaallah nantikan post yang seterusnya daripada diba.. =D

No comments:

Post a Comment